Wednesday, May 18, 2011

aku budak PDT dulu =))

Assalamualaikum

Hari ni keputusan PSPM2 matrikulasi keluar..membuatkan saya teringat zaman mula mula masuk kolej matrikulasi ni.At first,saya takdapat tawaran untuk program satu tahun..tengok result,memenuhi syarat je..eh,mungkin ada hikmah yang tersirat d sebalik kekecewaan itu.jadi saya meneruskan study ke tingkatan enam untuk kursus life science..namun,sebulan kemudian tawaran matrikulasi datang..untuk program dua tahun..Alhamdulillah.walaupun saya tak berminat nak pergi menyambung pelajaran di peringkat matrikulasi kerana cita cita saya yg sungguh tinggi untuk menjadi seorang nurse..murni je kan ambition saya..tapi saya pergi jugak..hehe..oleh itu,saya terdampar la d pulau Labuan yang tercinta ni.

Saya meneruskan hidup sebagai seorang pelajar kolej.ok kehidupan saya kembali normal kerana selama 3 minggu d tingkatan enam,saya sungguh tertekan..bangun sangat awal dan terkial kial nak berkemas dan dihantar oleh ayah ke sekolah..yakni perkara tersebut saya tdak pernah lalui selama 5 tahun bersekolah dahulu.oh ya,dulu saya sekolah berasrama,jadi kne la tinggal d asrama kan..jadi tiada timbul masalah lewat pegi sekolah dan kena tahan guard..okay ia sangat menjengkelkan =( ..one thing,saya rasa amat janggal kerana lima tahun bersekolah,saya tak pernah menggunakan kasut sekolah yang berwarna putih..huhu..terasa seksa kerana tali kasut asyik terlepas =_='' ..dulu saya oh kami..menggunakan kasut hitam kulit yang mesti ada tumit..sungguh girlish kan.=) berbalik ke kisah matrik,saya sungguh selesa walaupun mula2 agak perit..kerana minggu orientasi..saya jatuh sakit pada hari hari terakhir orientasi dan tell u,pada satu malam sahaja,2 kali saya telah dihantar ke hospital untuk disuntik dan dimasukkan air..tak cukup dengan itu,kakak nurse sungguh tidak berhati hati dan telah salah menyuntik tangan saya hingga menjadi lebam yang amat dan sebesar penumbuk gajah =_= ..taakpe,saya maafkan ..

habis orientasi,kehidupan amat seronok...jadi budak program dua tahun ataupun PDT ni amat la seronok dan okay,seronkkkkkkkk...hidup kami amat bebas ,takde stress,sangat enjoy..kami banyak aktiviti sesama batch..ye la,kami sangat sikit..oleh itu,ukhwah antara kami amat rapat sesama sendiri dan pensyarah..oh ya,pensyarah kami berlainan.kami tak berkongsi pensyarah dengan budak PST..namun begitu,langit tak selalu cerah..kami budak PDT selalu dpandang rendah..kami selalu disindir dan dimarahi certain pensyarah yang menganggap kami parasit d kolej..hanya menumpang sahaja konon2 nya..huu,memang la down..sikit,kami je yang disalahkan..kalau ada kes kecurian,asyik2 nama budak PDT je yang selalu angkat..hairan..namun kami tak ambil kisah..peduli la.sampai mana mereka nak mengata.janji kami bahagia..

Time PDT,saya ditempatkan ke kelas modul satu.iaitu belajar biologi,fizik,kimia dan maths..saya kelas B1T1..hee..comel kan bunyi nya..kelas kami amat sikit kaum adam..saya ada geng sendiri tau time PDT..saya,hasinah,olga,patricia,faizah,andre,aliscia..oh banyak lagi..oh ya,pensyarah menggelar kami grup 6 jahanam.ini semua gara2 kami amat nakal..tapi nakal kami bukan lah bermaksud mencederakan orang ya..kami hanya nakal seperti gila gila dan suka buat perkara pelik.kami iaitu saya,olga,pet,dan cnah amat suka memasak..cnah ada bawak periuk elektrik.jadi kami pon memasak..kalo tak cukup bahan,kebun belakang rumah felo kami iaitu ustaz rizuan selalu jadi mangsa..kami pegi ambik pisang,cangkuk,kantan,dan cili..hehe..japp,kami suka shopping barang dapaur..ikan masin pun tak ketinggalan.hehe..

Hidup sebagai budak matrikulasi d KML ni amat mencabar.salah satu cabaran nya adalah AIR..oh time kami dulu amat kritikal masalah air..teramat amat amat amat kritikal..bayangkan dalam satu minggu,kami langsung takde air..paip kering kontang,tandas tak usah cakap la.memang takbleh bayangkan..gila vavi dia punya hiasan dalaman..arghhh =_= ..oleh itu,saya dan rumate saya ytermasuk jiran..selau turun awal pagi seawal 2 pagi untuk cari air sekitar kolej..kami pernah mandi di tepi dewan kuliah 2, dibelakang gelanggang skuash.d tandas tutorial..arghh,pendek kata,hampir semua tempat kami jelajahi..tak peduli dah.berkain batik pun berkain batik la..amat amat terima kasih kerana kaum adam langsung tak keluar dorm awal pagi begitu..tak cukup begitu,kami hari hari mencari air..pantang ada mendengar bunyi air,supp sapp kami berlari membawa baldi dan botol..oh ya,botol air mineral yang bsar amat berharga dikala ini.hee..zaman ini,apabila terengar orang cakap ada air,oh memang satu benda pelik bagi kami.kerana terbiasa suda takda air..hee.tapi alhamdulillah kerana sepanjang tahun pertama d sini,saya takpernah takmandi turun ke kelas..hahaha =))

Walauapapun,saya bangga menjadi seorang yang bergelar budak PDT walaupun banyak dugaan dan cabaran..haha..saya amat gembira kerana sampai sekarang hubungan kami bersama pensyrah PDT dan budak PDT takpernah terputus..masih rapat sampai sekarang walaupun kami jauh serata negeri..hee..
**saya rindu zaman PDT...

pat,olga,cnah,saya


eksen kan.dapat sijil mcm dapat pangkat datuk


ni time buat video untuk pertandingan mini clip IT challenge


ini mentor kami B1T1..sir rizam =)

haiyoo.ini kelas saya yg tercinta *abaikan yg menunduk tu =_=

kami memang suka bergambar =_=

tak caye..tengok.mana2 nak bergambar

ini wajah2 pensyarah yang kami sayangi

saya dan patricia =)

ada aku ksah mana aku nak bergambar..nan hadoo =_=

ex schoolmate yang sama2 ada d sini

kad matrik budak pdt warna hijau.hee =)



**salam peluk cium buat budak pdt batch 09/10 =))

4 comments:

  1. salam sy nx tanya , adakah keputusan kemasukan ke matik bagi pdt dgn pst pada tarikh dan hari yang sama ke macam mna ?? boleh jelaskan

    ReplyDelete
  2. salam sy nx tanya , adakah keputusan kemasukan ke matik bagi pdt dgn pst pada tarikh dan hari yang sama ke macam mna ?? boleh jelaskan

    ReplyDelete
  3. Hi^sy nak tanya soalan yang sama spt di atas. kak buat rayuan trs dpt second intake ke ? sy pun hrp dpt jadi budak pdt :D

    ReplyDelete
  4. Hi^sy nak tanya soalan yang sama spt di atas. kak buat rayuan trs dpt second intake ke ? sy pun hrp dpt jadi budak pdt :D

    ReplyDelete