Sunday, March 6, 2011

ILMU HISAB bukan ILMU HISAP


mathematics
a.k.a ilmu hisab
serius aku tak minat subjek ni
tapi bukan dari azali la
sebabnya aku dulu2 zaman tocang rambut 3,aku suka sgt subjek ni
aku kira pokok
aku kira semut
aku kira gula2 yg aku ambik di rumah org time hari raya (bkn mencurik ok)
rasanya hampir semua benda d sekeliling aku,aku kira
sampaikan bapak aku yg garang mcm hitler tu pun panas dgn aku
gara2 asyik mengira kedai tepi jalan ketika beliau sedang khusyuk memandu
ye la..aku kira dgn suara yg besar dan nyaring..
sakit la telinga dia..lebih2 lagi aku suka duduk di belakang bapak aku..
kerana aku takut kena marah..
ye la kalau duduk belakang dia,dia takdapat jeling aku kalau aku buat hal..hehe
(waktu tu aku maseh kecil dan pendek maka beliau takdapat tgk aku menggunakan cermin)

bila aku masuk darjah satu,aku seronok dapat kira kayu,kira manik
kira berapa org budak menangis dlm kelas
(aku sgguh tabah time kecik kerana aku tak kencing dlm kelas bila hari pertama sekolah)
pendek kata, aku suka kira kira sehinggakan buku petak aku selalu habis dan aku akan merengek minta dibelikan baru di kedai tukang gunting rambut
(kedai tersebut ddigelar sedemikian kerana dulu dia adalah seorang barber yg skarang bukak kedai serbaneka yg jual buku petak aku tu)

zaman berubah, kedai papan jadik kedai batu,aku pendek sekarang maseh pendek  =__=''
dan minat aku terhadap ilmu hisab pun berubah..
masuk form one di sekolah elit yg tak berapa elit tu
aku semakin pening kepala tengok sekarang bukan setakat angka je yg ada..
tapi huruf pon ada...contohnya x, y, dan z...
serius aku hilang terus minat walaupun time tu boleh guna kalkulator sudah dlm exam,,
even kalkulator aku cantik berlekat sticker hello kitty,pikachu dan barbie
(nampak sgt kanak2 walaupun umur dah 14tahun)
aku tetap tak berminat nak buat pengiraan
jadi,bila je exam math,aku akan bajet tekan kalkulator dgn serius walaupun aku hnya tekan 1 smpai 100
ye la..aku takut cikgu tau aku taktau buat math jadik aku trip je la..
dan hasilnya sampai aku matriks pon aku maseh berbuat sedemikian..
huhu..sadisnya pemikiran dan perlakuan aku..
masuk form 4..tambah lagi satu math.
ya rabbi math yg asas pon aku tak ngerti
ni ko tambah lagi satu math
additional math ataupon add math
nama pon tambahan sepatutnya senang la kan
ni putus urat normal aku nak buat add math.
gila hidup semula normal balek pon aku maseh gila
takdapat buat add math
dlm exam,aku salin balek segala soalan add math dan spare bnyak tmpat kosong supaya senang nanti bila buat correction,aku ada tmpat yg baik punyaaaa utk salin jwapan..
hasilnya,add math result spm aku tak berapa nak gempak
tapi kredit la jugakkk ^^

dan sekarang
aku menulis blog sambil mata melilau kepada buku tutorial math aku yg menjerit nak mintak disiapkan..
maaf laa buku..
aku dah try nak buat kau..tapi aku tetap tak berjaya
oleh itu,aku mohon doa kalian ^^
agar mendoakan aku lulus dengan cemerlang dalam subjek math
amin

*bila la agaknya aku nk dapat A+ dlm subjek ni lagi*

2 comments:

  1. sbr deng..haha... practice makes perfect... aku x suka kimia.. fullstop..ngeh2 ;p

    ReplyDelete
  2. ya la tek..mala jak k ngulang soalan yg sama sak makin fhm..weeee...oi kimia aku kedak pelampung..sejap timbol sejap tenggelamm

    ReplyDelete