Showing posts with label study. Show all posts
Showing posts with label study. Show all posts

Sunday, May 22, 2011

dengar org cakap french buat aku teringat kelas french

Assalamualaikum

Masuk tahun ni,thats mean dah hampir 3 tahun aku tinggalkan zaman persekolahan. Oh aku sudah tua rpanya.huu..terasa rindu pulak nak guna baju sekolah yg baju kurung putih kain biru muda tu.dulu aku sekolah kat sm sains kuching.banyak uniform uu..time aku maseh lower form,hari isnin kne guna baju kurung kain biru,selasa guna baju pandu puteri,rabu pulak guna baju pengawas pusat sumber yang kain payung warna putih ,long sleeve warna putih,vest dan neck tie warna hijau..sumpah aku rimas guna baju ni..hari jumaat pulak guna baju kurung putih kain purple..talking bout purple,purple is our official colour.dan hari sabtu kne guna baju batik purple kain putih..oh baju ni amat menyeksakan jiwa.batik yg amat susah nak iron tapi akan kedut balik dalam masa beberapa minit..masuk upper form pulak,aku jadi pengawas aka mpp (majlis pemimpin pelajar)..yg nih lagi stress.hari isnin dan khamis aku guna blazer purple yeah purple lagi ! blazer nih amat panas.dalam nya aku guna baju long sleeve putih..oh semestinya guna camisole..gila kot takpakai.ye la dlm makmal aku slalu bukak blazer jd kne la ada pakaian dalam kat dlm supaya tak.tettttttt...ok kain payung putih dan tudung putih..bila guna blazer sumpah aku rasa macam robot..tak bleh gerak sikit kepala.kalo nak gerak gak,kepala mesti seiring dgn badan.tak ke robot gtu..=_='' .hari selasa maseh gak pandu puteri dan rabu guna baju kurung putih kain purple tudung purple..sabtu guna batik mpp..yezzaa takyah iron..hahaha..malam time prep dari jam 7 sampai 10mlm seperti biasa la guna baju kurung warna warni..no kebaya please! hahahha

oh ya..entah kenapa dah beberapa tahun aku tinggalkan sekolah,lately ni bleh pulak rindu nak cakap perancis.yepp time sekolah dulu ada subjek bahasa asing.first,aku nak amik bhsa jepun tapi bila tgk sensei dia garang sangat mcm singa,cancel trus aku nak amik.arab pulak,aku heran napa aku tak amik bhasa ni ya..last,aku amikla french sebab professeur dia cantik dan amat baik..so aku start la blaja french.kelas bahasa perancis dan jepun ada bilik khas kat senior block,tp arab dok kat kelas je.amik french ni banyak buku kena ada tau.first kne ada kamus french,ni wajib..kalo takde memang takleh survive.second kne ada bechereille,eh camni ke eja.??aku dah lupa lak.bnda alah ni macam kamus verb,adjektif and macam2 g.bnda ni pun kalo takde susah nak survive sebab peraturan untuk bhasa perancis bukan mcm english.french ni diorang special.even benda pun dikelaskan mengikut jantina.aiyakk manyak pusing o blaja ni bahasa..pastu mesti ada thematique dictionnaire pour french et malaisie..benda ni amat best.kalo malas bukak kamus,benda ni amat membantu.then mesti ada buku verb dan buku nota..dlm bnyak2 budak bahasa,budak francais la paling banyak buku.

first week,aku amat excited nak blaja..tapi gila kentang susah.sebab ejaan tak sama dengan sebutan.oh haru biru dunia aku..tapi best!! cabaran kan..oh ya mula2 tadi aku mention cikgu kami nampak ayu dan amat baik kan..ok aku tukar balik.dia ni mcm pepatah,air yg tenang jgn disangka tiada buaya..bila kami tak hafal number,kaler,hari,kami akan dirotan dengan baguette dia..iaitu rotan.huhu..sepanjang 4 tahun belajar french ni,agak2 nya,ada la 2 kali kena pukul dgn rotan.huu..aku paling stress bila hafal number.arghh bencinya..selalu je terbelit nak mengingat number 1 sampai 100..susah..dan paling aku tak suka time french adalah kerja rumah..aku paling anti kalo cikgu cakap 'avez vous fini vos devoirs?'..devoirs devoirs devoirs..kami satu kelas eh satu batch selalu pakat buat last minit kerja umah.dahtu saling meniruu..hehehe.mula2 cikgu tak perasan tapi bila masuk form 4 dia start perasan.hek eleh,final year baru kantoi..haha..

tapi belajar french ni bukan setakat belajar bahasa dia saja.kami belajar kebudayaan orang perancis dan jugak tempat2 diorang..kami belajar nyanyian diorang,pakaian,makanan dan tarian..di samping itu,setiap tahn kami akan mengadakan malam kebudayaan bahasa perancis..best..malam tu semua orang mesti cakap bahasa perancis dan disajikan dgn makanan ala perancis..time form four,batch kami yg uruskan mlm tu..dan salah satu persembahan dari wakil jawatankuasa adalah tarian..aku turut disuruh join tarian ni.tarian kebudayaan diorang.kami berpakaian warna hitam dan putih..ada satu part tuh tarian dia entahla org cakap aku buat macam penguin..sett..sejak itu aku digelar penguin!! ye la baju pun dah ngam hitam putih.dahtu buat lagi .eh TERbuat ok..aksi penguin..huhuhu =_=..demm aku penguin..huhuhu

eh pelajar perancis kne amik exam tau.exam yg iktiraf kita pernah belajar bahasa perancis..tapi aku amik setakat level A2 je..exam dia nama DELF..ok aku lupa apa nama penuh dia..A1 senang je kot..ramai orang lulus dgn cemerlang..exam ni dia meliputi karangan,lisan,objektif.mcm ujian bm gak tp dlm bahasa perancis..aku amik A1time form 3..mana nak fikir PMR,nak amik DELF agi..tapi alhamdulillah dua2 lulus cemerlang..masuk form four aku dah start malas blaja french..aku buat tak kisah ja dgn kelas dan exam..pastu aku amik A2..serius aku tak study langsung untuk exam kali ni..alhamdulillah aku lulus jugak.hee..dlm berpuluh student yang amik A2 time tu,beberapa org je yg lulus.n aku termasuk..hehe..tapi A2 susah gak arhh..ye la silibus yg kami belaja time form one sama dgn silibus budak universiti utk first year..jadi .oh fikirkan la..tapi bukan A2 yg paling susah..long way to go laa...bnyak agi..B2 etc etc..demm,aku hilang sijil A2 ! penat2 aku amik dan lulus,siap dpt tandatgn orang penting perancis g tu,mana silap dia time abis spm hari last kat sekolah aku lupa plak mana letak bnda berharga tuh..oh tiada bukti aku amik ujian nih.huhuh!

dan sekarang aku rasa syukur sgt sebab berpeluang belajar bhsa perancis ni.bahasa dia unik dan comel..hehe..penguin pun penguin laa.. =_='' ..paling aku tak lupa adalah je t'aime..oh aku paling suka benda ni..tu me manques pun aku suka..haha..hah,suatu hari nanti aku nak pergi keliling eropah..aku nak honeymoon kat paris,kota fesyen...haha..jadi aku mesti carik suami kaya..haha..ada pulak begitu.sorry aku bukan mata duitan..jdi aku nak kumpul duit banyak2,dpt la gi sana..hehehe..oh Paris ! attendez moi...hehe ^^



uhhhh..i akan picnic kat bawah u nti dgn husband i tau

nih contoh sijil dia..haha,aku taktau mana letak sijil aku jd aku p google org punya sijil..


**huhu,aku lupa mana letak pic tarian penguin tuhh ='(


Sunday, March 6, 2011

ILMU HISAB bukan ILMU HISAP


mathematics
a.k.a ilmu hisab
serius aku tak minat subjek ni
tapi bukan dari azali la
sebabnya aku dulu2 zaman tocang rambut 3,aku suka sgt subjek ni
aku kira pokok
aku kira semut
aku kira gula2 yg aku ambik di rumah org time hari raya (bkn mencurik ok)
rasanya hampir semua benda d sekeliling aku,aku kira
sampaikan bapak aku yg garang mcm hitler tu pun panas dgn aku
gara2 asyik mengira kedai tepi jalan ketika beliau sedang khusyuk memandu
ye la..aku kira dgn suara yg besar dan nyaring..
sakit la telinga dia..lebih2 lagi aku suka duduk di belakang bapak aku..
kerana aku takut kena marah..
ye la kalau duduk belakang dia,dia takdapat jeling aku kalau aku buat hal..hehe
(waktu tu aku maseh kecil dan pendek maka beliau takdapat tgk aku menggunakan cermin)

bila aku masuk darjah satu,aku seronok dapat kira kayu,kira manik
kira berapa org budak menangis dlm kelas
(aku sgguh tabah time kecik kerana aku tak kencing dlm kelas bila hari pertama sekolah)
pendek kata, aku suka kira kira sehinggakan buku petak aku selalu habis dan aku akan merengek minta dibelikan baru di kedai tukang gunting rambut
(kedai tersebut ddigelar sedemikian kerana dulu dia adalah seorang barber yg skarang bukak kedai serbaneka yg jual buku petak aku tu)

zaman berubah, kedai papan jadik kedai batu,aku pendek sekarang maseh pendek  =__=''
dan minat aku terhadap ilmu hisab pun berubah..
masuk form one di sekolah elit yg tak berapa elit tu
aku semakin pening kepala tengok sekarang bukan setakat angka je yg ada..
tapi huruf pon ada...contohnya x, y, dan z...
serius aku hilang terus minat walaupun time tu boleh guna kalkulator sudah dlm exam,,
even kalkulator aku cantik berlekat sticker hello kitty,pikachu dan barbie
(nampak sgt kanak2 walaupun umur dah 14tahun)
aku tetap tak berminat nak buat pengiraan
jadi,bila je exam math,aku akan bajet tekan kalkulator dgn serius walaupun aku hnya tekan 1 smpai 100
ye la..aku takut cikgu tau aku taktau buat math jadik aku trip je la..
dan hasilnya sampai aku matriks pon aku maseh berbuat sedemikian..
huhu..sadisnya pemikiran dan perlakuan aku..
masuk form 4..tambah lagi satu math.
ya rabbi math yg asas pon aku tak ngerti
ni ko tambah lagi satu math
additional math ataupon add math
nama pon tambahan sepatutnya senang la kan
ni putus urat normal aku nak buat add math.
gila hidup semula normal balek pon aku maseh gila
takdapat buat add math
dlm exam,aku salin balek segala soalan add math dan spare bnyak tmpat kosong supaya senang nanti bila buat correction,aku ada tmpat yg baik punyaaaa utk salin jwapan..
hasilnya,add math result spm aku tak berapa nak gempak
tapi kredit la jugakkk ^^

dan sekarang
aku menulis blog sambil mata melilau kepada buku tutorial math aku yg menjerit nak mintak disiapkan..
maaf laa buku..
aku dah try nak buat kau..tapi aku tetap tak berjaya
oleh itu,aku mohon doa kalian ^^
agar mendoakan aku lulus dengan cemerlang dalam subjek math
amin

*bila la agaknya aku nk dapat A+ dlm subjek ni lagi*