Wednesday, May 18, 2011

aku budak PDT dulu =))

Assalamualaikum

Hari ni keputusan PSPM2 matrikulasi keluar..membuatkan saya teringat zaman mula mula masuk kolej matrikulasi ni.At first,saya takdapat tawaran untuk program satu tahun..tengok result,memenuhi syarat je..eh,mungkin ada hikmah yang tersirat d sebalik kekecewaan itu.jadi saya meneruskan study ke tingkatan enam untuk kursus life science..namun,sebulan kemudian tawaran matrikulasi datang..untuk program dua tahun..Alhamdulillah.walaupun saya tak berminat nak pergi menyambung pelajaran di peringkat matrikulasi kerana cita cita saya yg sungguh tinggi untuk menjadi seorang nurse..murni je kan ambition saya..tapi saya pergi jugak..hehe..oleh itu,saya terdampar la d pulau Labuan yang tercinta ni.

Saya meneruskan hidup sebagai seorang pelajar kolej.ok kehidupan saya kembali normal kerana selama 3 minggu d tingkatan enam,saya sungguh tertekan..bangun sangat awal dan terkial kial nak berkemas dan dihantar oleh ayah ke sekolah..yakni perkara tersebut saya tdak pernah lalui selama 5 tahun bersekolah dahulu.oh ya,dulu saya sekolah berasrama,jadi kne la tinggal d asrama kan..jadi tiada timbul masalah lewat pegi sekolah dan kena tahan guard..okay ia sangat menjengkelkan =( ..one thing,saya rasa amat janggal kerana lima tahun bersekolah,saya tak pernah menggunakan kasut sekolah yang berwarna putih..huhu..terasa seksa kerana tali kasut asyik terlepas =_='' ..dulu saya oh kami..menggunakan kasut hitam kulit yang mesti ada tumit..sungguh girlish kan.=) berbalik ke kisah matrik,saya sungguh selesa walaupun mula2 agak perit..kerana minggu orientasi..saya jatuh sakit pada hari hari terakhir orientasi dan tell u,pada satu malam sahaja,2 kali saya telah dihantar ke hospital untuk disuntik dan dimasukkan air..tak cukup dengan itu,kakak nurse sungguh tidak berhati hati dan telah salah menyuntik tangan saya hingga menjadi lebam yang amat dan sebesar penumbuk gajah =_= ..taakpe,saya maafkan ..

habis orientasi,kehidupan amat seronok...jadi budak program dua tahun ataupun PDT ni amat la seronok dan okay,seronkkkkkkkk...hidup kami amat bebas ,takde stress,sangat enjoy..kami banyak aktiviti sesama batch..ye la,kami sangat sikit..oleh itu,ukhwah antara kami amat rapat sesama sendiri dan pensyarah..oh ya,pensyarah kami berlainan.kami tak berkongsi pensyarah dengan budak PST..namun begitu,langit tak selalu cerah..kami budak PDT selalu dpandang rendah..kami selalu disindir dan dimarahi certain pensyarah yang menganggap kami parasit d kolej..hanya menumpang sahaja konon2 nya..huu,memang la down..sikit,kami je yang disalahkan..kalau ada kes kecurian,asyik2 nama budak PDT je yang selalu angkat..hairan..namun kami tak ambil kisah..peduli la.sampai mana mereka nak mengata.janji kami bahagia..

Time PDT,saya ditempatkan ke kelas modul satu.iaitu belajar biologi,fizik,kimia dan maths..saya kelas B1T1..hee..comel kan bunyi nya..kelas kami amat sikit kaum adam..saya ada geng sendiri tau time PDT..saya,hasinah,olga,patricia,faizah,andre,aliscia..oh banyak lagi..oh ya,pensyarah menggelar kami grup 6 jahanam.ini semua gara2 kami amat nakal..tapi nakal kami bukan lah bermaksud mencederakan orang ya..kami hanya nakal seperti gila gila dan suka buat perkara pelik.kami iaitu saya,olga,pet,dan cnah amat suka memasak..cnah ada bawak periuk elektrik.jadi kami pon memasak..kalo tak cukup bahan,kebun belakang rumah felo kami iaitu ustaz rizuan selalu jadi mangsa..kami pegi ambik pisang,cangkuk,kantan,dan cili..hehe..japp,kami suka shopping barang dapaur..ikan masin pun tak ketinggalan.hehe..

Hidup sebagai budak matrikulasi d KML ni amat mencabar.salah satu cabaran nya adalah AIR..oh time kami dulu amat kritikal masalah air..teramat amat amat amat kritikal..bayangkan dalam satu minggu,kami langsung takde air..paip kering kontang,tandas tak usah cakap la.memang takbleh bayangkan..gila vavi dia punya hiasan dalaman..arghhh =_= ..oleh itu,saya dan rumate saya ytermasuk jiran..selau turun awal pagi seawal 2 pagi untuk cari air sekitar kolej..kami pernah mandi di tepi dewan kuliah 2, dibelakang gelanggang skuash.d tandas tutorial..arghh,pendek kata,hampir semua tempat kami jelajahi..tak peduli dah.berkain batik pun berkain batik la..amat amat terima kasih kerana kaum adam langsung tak keluar dorm awal pagi begitu..tak cukup begitu,kami hari hari mencari air..pantang ada mendengar bunyi air,supp sapp kami berlari membawa baldi dan botol..oh ya,botol air mineral yang bsar amat berharga dikala ini.hee..zaman ini,apabila terengar orang cakap ada air,oh memang satu benda pelik bagi kami.kerana terbiasa suda takda air..hee.tapi alhamdulillah kerana sepanjang tahun pertama d sini,saya takpernah takmandi turun ke kelas..hahaha =))

Walauapapun,saya bangga menjadi seorang yang bergelar budak PDT walaupun banyak dugaan dan cabaran..haha..saya amat gembira kerana sampai sekarang hubungan kami bersama pensyrah PDT dan budak PDT takpernah terputus..masih rapat sampai sekarang walaupun kami jauh serata negeri..hee..
**saya rindu zaman PDT...

pat,olga,cnah,saya


eksen kan.dapat sijil mcm dapat pangkat datuk


ni time buat video untuk pertandingan mini clip IT challenge


ini mentor kami B1T1..sir rizam =)

haiyoo.ini kelas saya yg tercinta *abaikan yg menunduk tu =_=

kami memang suka bergambar =_=

tak caye..tengok.mana2 nak bergambar

ini wajah2 pensyarah yang kami sayangi

saya dan patricia =)

ada aku ksah mana aku nak bergambar..nan hadoo =_=

ex schoolmate yang sama2 ada d sini

kad matrik budak pdt warna hijau.hee =)



**salam peluk cium buat budak pdt batch 09/10 =))

Tuesday, May 17, 2011

saya mendambakan kehadiran beliau

Assalamualaikum..

saya nak ada seorang abang..siyes saya amat jeles dengan kawan kawan yang ada abang. tapi ye lah,takde rezeki..saya cuma ada seorang kakak yang beza 3 tahun dari saya,dan saya ada 2 adik perempuan yang masing2 beza 2 tahun dan 6 tahun dari saya..okay sguh kofius kan..kakak saya 23 tahun,adik saya 18 tahun dan 14 tahun..eh takda lelaki ka adik beradik saya?? adaaa..kembar lagi tuu..masing2 umur 10 tahun sekarang..berbalik kepada cerita abang.ya,saya tiada abang..huhu =( ..apa bleh buat kan..

sebenarnya saya sangat ingin ada seorang abang..bila sedih,abang akan ada untuk menghiburkan saya.bila saya menangis,abang akan pujuk.bila takde duit,boleh minta kat abang.okey ini gurauan,tapi kalo betul pun apa salahnya..bila saya buat salah,abang boleh tolong tegur..bila saya kena buli atau kena ganggu,abang boleh protect..ohh indahnya dunia kalau ada abang..bila birthday,saya boleh paw abang hadiah besau besau..yeeee

cerita tentang abang,ya..saya ada abang angkat..time sekolah dulu la..dia senior saya.saya umur form one dan dia form five..dia sangat baik..sekarang dia di jordan,belajar medik..tp sekarang jarang dah kontek,sebab masing2 busy kan.dia pun nak jadi doktor dah sekarang..dan saya masih dsini...hehe..setiap kali dia balik dari jordan,mesti ada buah tangan dia bawak..oh baiknya..saya berdoa agar dia sentiasa berjaya d dunia dan akhirat..

uwaaaaa....saya nak ada abang..cheyyy..belum habis lagi pasal abang..ya la.time kecik2 dulu saya sangat jeles bila kawan2 bawak abang datang umah time birthday party..ohh manisnya anak gadis dtemani oleh abangnya kemana mana..mungkin bagi sesetengah orang,mengatakan bila ada bang,hidup akan terkongkong.ya la,mana2 pergi pun abang nak amik tau..saya tak rasa begitu pun.hepy ada la, sebab ada orang care kat kita..dan mesti orang akan cakap,ko takde abang senang ah ko cakap gitu..okay mari kita tengok dari sudut positif,bila ada abang yang mengongkong,secara tak langsung kita akan terhindar dari perkara yang boleh merosakkan diri kita sendiri..betul kan..so,thinks positive =)

ohh apa apa pun,saya tetap takkan dapat abang..hehe..sebab ibu tak lahirkan seorang abang untuk saya..hihihi..tapi saya tetap bersyukur..oleh itu....saya tetap nak ada kasih sayang seorang abang.okey tak membantu =( .haha,bukan abang yg dapat panggilan dari suami tau...wuuuuuu ;-)

sekian terima kasih.. **telefon umah bersamamu,nak cari abang...


ini adik kembar lelaki saya ^^

petanda wanita jatuh cinta *


**copy paste sahaja ya..tiada kaitan dengan saya..cheyy =p




1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.





Monday, May 16, 2011

50 truths about me !

Asslamualaikum ibu ibu bapak bapak.... =p
lemme reveal the truths behind the person names anim farahin =))


ya saya gemuk...ada ku kesah??


  1. My real name is Nur Anim Farahin..but disebabkan masalah dunia...dipendekkan ke NurFarahin.cehh jimat ink kot makcik klinik..
  2. Saya sangat sangat sangat sangat suka number 2 ! maybe bcoz me lahir as second daughter .why me sik lahir on 22 of 2.....every thing i will list with number 2
  3. saya suka memendam perasaan...hanya setelah saya tidak dapat menahan baru la saya luah..haha.itu pun bagitau org yg saya amat percaya..for time being,i havent jumpa that person..
  4. saya lahir selepas azan zohor...24 syawal..hee..saya anak hari raya !!!!!!!!!!! weeee
  5. mudah mengasihani orang....just name it..org miskin,orang tua,orang cacat..suma saya simpati..murah sangat kot airmata saya
  6. tidak suka benda manis !!!!!!!!!!!!!!!! mudah mual dan euwwww...rosakkan gigi tau !
  7. really like makanan pedasss...tapi sik berani mau gigit itu cili... =_=
  8. mudah mengalah............dont have high self-esteem lol
  9. cepat mengamuk dan senang merajuk..........be careful..haha
  10. suka cute things !! 
  11. i like to eat !!!!!!!!!!! hahahhaha...well i gemuk suda..metabolism rate me gugok oredy 
  12. sorry i dont like ROKOK !!!! why on earth people think merokok is cool... =_=
  13. green is my fav ! so cool ohhh
  14. aksesori rambut saya sangat suka kumpul !!! comel ba..
  15. saya setia...hahah..but plz dont mess with my heart !!!! i tembak u nanti
  16. i dont like gossip magazines ! penuh dgn gambar tak senonoh...
  17. green tea is my fav...........heheehe.anti oxidant laa
  18. i dont talk rubbish...so please be straight if u want me to understand u..
  19. urghhhh ! i dont like to be in a crowded placesss....somebody plz take me out from here.
  20. if i have to pick a colour for my baju,surely pink will be the one that i choose...but i dont like pink...urghh
  21. saya sangat suka makan..hahahha..
  22. sorry i dont like liars..
  23. i love to say thanks and sorry....
  24. i dont like western breakfast.......i do prefer asian one...lol
  25. i dont like n will never like MILK !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
  26. oh yea...i like n truly love SPONGEBOB n PATRICK..hahahaha
  27. ohh i hate keturunan samboiiiiii.....anything related with them,totally will be my enemies 4ever.
  28. saya tdak tetap pendirian..huhuu
  29. saya manja.tapi excuse me! not gedik okeyyy
  30. my kaki kecil...saiz 4-5....sigh
  31. i love babies !!!!!!
  32. but i dont like baby yg menangis...siyes i get annoyed easily
  33. i love to be alone.......but i dont like kesunyian...it kill me ok
  34. i have perut yang amat sensitif.....takbleh pedas sgt,sakittt..takbleh masam sikit,sakitt...gastrik la kan
  35. saya takut driving!!!!!!!!!!!!!!
  36. i dont like to comb my hair...hahaha..
  37. saya very clumsy...hahaahhaahha
  38. i hate debu..............make my hidung gatal n merah like a clown eww
  39. yea yea ...i hate clown !!!!!!!!!! sguh  not educated lor dia punya lawak...
  40. urghhh ! i hate to tiup balloon.....saya takut dia pecah d muka saya..arghh
  41. i like to cook when nobody is around...hahahah
  42. saya amat cerewet....
  43. oh saya rela berhabis duit demi benda yang saya suka..contohnya koleksi patung n majalah..
  44. saya RABUN.....yepp,every person in my family are RABUN....
  45. i dont like to be under sunlight.....why malaysia got no salji...hahahah
  46. i like to psiko orang....hahahhhahahha
  47. i nak jadi nurse tapi hajat tak kesampaian..hahahhahhahha
  48. nagging is my food ! hahahha
  49. i dont like LIPSTICK ~!!!!
  50. I AM NOBODY......hehehehehehehhe=)

Saturday, April 30, 2011

tolong jangan duga hati saya begini


hati saya rapuh
tolong jangan dera beliau
hati saya mudah menangis
dan juga meratapi
menyintai bukan perkara mudah
namun sekali hati jatuh cinta
hati saya akan setia
merindui setiap saat
menunggu tiap detik
tapi hati kamu tidak faham
dan tidak cuba memahami
oleh itu jangan duga hati saya
kerana saya taknak terluka 

tolong jangan buat hati saya berharap
kerana beliau akan sentiasa berpaut nanti
pada perkara yang tak mungkin jadi kenyataan


*maaf,baru je tengok love story movie..hahahahhahahaha*


saya nak pasangan ni sebagai hadiah tahun ni...ibu...boleh??hahha
*andai saja saya ada teman..oleh itu jgn berharap*
**bears!! turun la engkau dari langit.plz plz.. **


katak di bawah tempurung



orang cakap kalo ko macam katak bawah tempurung
ertinya ko nih taktau apa2 tentang dunia luar
contohnya, ko tak tau makhluk k-pop tu pun ko akan dlabel katak bwh tempurung
kalo ko tak kenal YONGHWA, ko katak ok
kalo tak kenal SUPER JUNIOR,ko katak puru kot
ok bukan aku sesuka hati nak label ko katak
tapi ni orang cakap
even budak tadika pun tau kot siapa dorang

hahaahhahhaha!
ok aku ngaku dulu aku sendiri pun taktau,,
benda ni mula popular time aku skolah menengah
aku pulak baru knal time matrikulasi
tengok~
aku pun bekas katak kan macam ko
tapi aku katak advance skit
sebab aku dah tengok korea dari kecil dulu
tengok winter sonata, autumn in my heart, hotelier
macam macam laggi kott
lelaki yg mula aku minat adalah JANGHYUK.
hahahahaha
sekarang aku jatuh cinta dengan YONGHWA
nampak kan
cinta si katak mudah beralih arah
''sila jangan percaya''




aku katak warna PINK okayhhh!!
^^

Friday, April 29, 2011

special dedicated for my beloved friend on the earth !

hari ni 29 april 2011...belum terlambat kot nak buat special entry untuk my beloved kawan iaitu Fazidah Junaidi...hehe...jidah,dengar tak????!! i buat entry khas untuk u tauu...heheh..sila bangga =p
actually 16 april hari tu ulangtahun birthday dia yg ke 20..tp aku takdpt nak celebrate birthday dia..ye la,dia dok pahang, aku pulak dok labuan..jauh kannn..jadi hanya mesej je la dapat dihantar buat pengganti diri..hehe

kami start berkawan time umur masih hijau iaitu umur 13 tahun..kecil betul time tu..maseh kanak2 tau..kami ni satu kelas..tapi satu tahun tu je la kami pernah satu kelas..ye la,dia budak pandai dan aku pula budak nakal..haha..tapi kerana perbezaan ini la kami kekal berkawan sampai hari ni..kira2 tujuh tahun dah tau kami berkawan...orang bercinta pun tak macam tuh..hahah..

fazidah ni comel orangnya..dia mirip vanida imran tau..hehe..tapi aku lebih tinggi la dari dia..no offended ok my dear jidah..hehe =) ...cyes dia comel dan manis..dia nih jenis yg suka try apa2 je jenis pakaian..dia punya prinsip,tak kisah kot dgn apa org nak cakap..janji hati gembira.kot..aku taktau la..hihi..dia suka guna shawl pastu guna klip bunga atau rerama yang sungguh..amat comel..aku jeles tau tgk dia nih..bergaya..sangattt

fazidah nih budak pandai..spm dulu dia dapat straight a tau..sedangkan kalo ada jer masa lapang dalam kelas,tidur je..kalo tak,melalak buat konsert sendiri..hehe..tp kepala kaw kaw beb..hihihi...tabik la aku..habis spm,dia nih dapat asasi d um, aku pulak pegi matrikulasi d labuan..jauh beno kami terpisah..huhuhu..

sape cakap kami tak pernah bergaduh....pernah..ye la adat berkawan kan..mesti ada perselisihan faham..tapi dia nih jenis bersabar dan kadang2 kalo dia tak suka sumthing,dia nih cakap terus..aka depan2..aku nih pulak jenis sensitif dan manja..mudah sgt nak merajuk..jadik, kadang2 ada la clashed kan..tapi sekarang takda dah..memasing dah matang..hahahahaaa.ada nih satu kali,aku pernah kecil hati kat dia..kami nih dua2 pengawas dulu time sekolah.dia timbalan ketua mpp,aku pulak mpp biasa jer..one day, aku terpilih ke nadwah kepimpinan islam untuk budak sbp d kedah..suma benda kira aku la yg kompem pegi tapi tetiba ustazah batalkan pentertaan aku dgn alasan jidah yg patut pegi..huhuhu!! sedih giler dohhh..nanges berjam jam aku sampai ustaz pun dok pujuk...aku marah sgt kat jidah tapi at last,aku realize bukan salah dia pon..nampak sgt otak tak matang kan time tuh...hehe..satu hari je aku merajuk kat dia pastu ok da..hahahahhaa...maaf ya jidah pernah marah dalam hati kat ko..huhu..tapi i tetap sayang u tau!!

jidah, thanks yer atas segala ilmu dan kasih sayang..chewahhh...yang anda curahkan...awwwww...mesti ko terharu giler kan baca nih...hahahahahaa..aku sayang ko sesangat!! jangan lupa aku tau...nanti ko kahwin ma encik hensem ko,ajak aku gak...nak meja vvip!!! hahahahaaa

nih kek birthday dia ..*aku culik dari blog dia


ini la dia!! c fazidah,kawan saya...comel kan dia..hehe



nih geng kami time sekolah dulu..rinduu gler wehh kat korang
*fidah,fazidah,animfarahin,aliza,durrahtul*

sekian dahulu...semoga fazidah dapat kejayaan di dunia dan di akhirat..amin =)